Angkatan Mahasiswa Anti Rasuah (AMAR) bertanggungjawab sebagai rakan strategik kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam menyampaikan mesej antirasuah kepada golongan mahasiswa di negara ini.<br /><br />Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Seri Norazlan Mohd Razali berkata, tugas menyampaikan mesej antirasuah bukan satu kerja mudah kerana ia melibatkan lebih sejuta pelajar pengajian tinggi di seluruh negara.
